Khamis, 5 Julai 2012

Acara sebelum sukan ditangguh lagi...

Hujan turun dengan lebat di pagi jumaat membasahi bumi Skudai, acara lompat tinggi yang sepatutnya dijalankan pada pagi ini terpaksa ditunda lagi kepada hari isnin depan. Apapun terima kasih diucapkan kepada Guru Setiausaha Sukan SKTTA yang bertungkus-lumus bagi memastikan acara ini dapat ditamatkan sebelum upacara kejohanan sukan sebenar dilangsungkan. Hujan yang turun sepanjang minggu ini sedikit sebanyak telah merencatkan sedikit perjalanan acara sebelum hari sukan. Namun itu semua bukannya penghalang kepada semua atlit yang bertanding, untuk terus berjuang bagi rumah sukan masing-masing. Segala yang berlaku juga adalah kehendak Allah maka ada hikmah disebaliknya yang kita semua tidak tahu. Apa yang diharapkan agar semua warga SKTTA dapat memberikan sokongan dalam menjayakan acara sukan yang bakal diadakan pada 20 julai nanti. Mudah-mudahan pada hari tersebut, hendaknya dijauhkan daripada segala halangan mahupun bencana. Insya Allah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan