Sabtu, 5 November 2011

Salam Eidul Adha


Selamat menyambut Eidul Adha buat semua umat islam di seluruh dunia. Firman allah;

Maksudnya;

Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar).

Marilah kita mengambil iktibar daripada ibadah korban yang dijalankan. Mudah-mudahan dengan penghayatan terhadap ibadah korban itu dapat memberikan seribu manfaat kepada diri kita semua sebagai hamba Allah yang sentiasa menghaapkan keredhaannya. Mudah-mudahan kita tergolong dikalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan