Khamis, 26 Mei 2011



26 Mei, khamis: Mesyuarat pengurusan sekolah telah diadakan bertempat di bilik mesyuarat Sek Keb Taman Tun Aminah 1. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Guru Besar, Puan S. Hanim Bin A. Rahman. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Puan Raila Bt Mohd Salleh (Guru Penolong Kanan 1 Pentadbiran), Puan Hjh Jamilah Bt Ismail (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) dan Puan Hanisah@Hashimah Bt Ismail (Guru Penolong Kanan Kokurikulum).


Tujuan utama mesyuarat diadakan adalah bagi membincangkan tugasan yang perlu selesaikan sebelum bermulanya cuti persekolahan semester yang pertama yang bermula 27 mei ini. Selain itu pada mesyuarat ini juga telah dimaklumkan beberapa program yang bakal dijalankan pada semester yang aka datang seperti perkhemahan unit berniform pada bulan jun nanti dan RIMUP peringkat sekolah dan zon pada bulan julai.
Mesyuarat telah ditamakan pada jam 2.30 petang.

1 ulasan: